Malaysia cadang tembus pasaran Kanada

Iklan
Arthur (dua dari kanan) dan Lawrance (tiga dari kiri) ketika pertemuan di Putrajaya pada Selasa.

PUTRAJAYA - Malaysia bercadang untuk mengeksport buah-buahan tropika tempatan ke pasaran antarabangsa khususnya Kanada.

Hasrat itu dinyatakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup kepada Menteri Pertanian dan Agri-Makanan Kanada, Lawrence MacAulay dalam pertemuan yang berlangsung di Putrajaya pada Selasa.

Iklan
Iklan

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, pertemuan kali pertama kedua-dua pemimpin berkenaan turut membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

"Selain itu mereka turut menyatakan komitmen mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian, perikanan dan ternakan serta mengalu-alukan kerjasama teknikal dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian.

Iklan
Arthur (kiri) bersama Lawrance ketika pertemuan di Putrajaya pada Selasa.

"Timbalan Menteri juga telah memperkenalkan produk pertanian Malaysia yang berkualiti seperti nanas dan menyatakan hasrat untuk mengeksport buah-buahan tropika tempatan ke pasaran negara berkenaan," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Pertemuan tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr Akma Ngah Hamid serta pegawai-pegawai kanan KPKM serta jabatan dan agensi di bawah kementerian.

Iklan

Ketika pertemuan tersebut, Arthur turut menjemput Lawrence ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 22 September ini.

Selain itu beliau mempelawa penyertaan pihak Kanada dalam acara dwi-tahunan itu.

"Timbalan Menteri turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Kanada yang mengambil giliran jawatan Pengerusi Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) bagi tahun 2024," menurutnya.