Pembaharuan di Parlimen: Mohd Sany kekal tegas

Iklan
Mohd Sany

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mempunyai hak untuk membawa pembaharuan dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang bakal berlangsung mulai 26 Februari hingga 27 Mac ini.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, ia termasuk untuk menguatkuasakan dan mengetatkan peraturan sedia ada dalam persidangan Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

Mohd Sany percaya pembaharuan mahu dilakukan Johari adalah untuk kebaikan semua namun tidak akan mengubah sikap tegasnya jika ada ahli Parlimen yang mencerca dan menghina kerajaan.

"Macam biasa saya sebutkan (sebelum ini) maksudnya kalau (ahli Parlimen) berbahas kena ada integriti, jangan bawa cerita-cerita yang tidak betul (sehingga berlaku kekecohan).

Iklan

"Sebagai backbencers kita mempertahankan kerajaan apabila ada perkara kontroversi, ada pihak mencerca kerajaan, cakap macam-macam terhadap kerajaan, tidak akan kita hendak berdiam diri.

Pada Isnin, media melaporkan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bakal berlangsung bermula 26 Februari ini akan dijalankan dengan lebih serius dan keberadaannya diangkat di kedudukan yang lebih mulia.

Iklan

Menurut Johari, itu antara pembaharuan akan dilaksanakan untuk memastikan kedudukan Parlimen terus mempunyai kewibawaan sejajar dengan fungsinya sebagai badan yang menggubal undang-undang di negara ini.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak mahu lagi Parlimen dipandang serong dan hina oleh rakyat kebanyakan, seperti mana yang berlaku pada sesi-sesi Parlimen sebelum ini.

Dalam pada itu, Johari berkata, tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang melanggar peraturan Dewan selepas ini.

Sementara itu, Mohd Sany berkata, seramai 222 ahli Parlimen di Dewan Rakyat masing-masing mempunyai pendekatan dan cara tersendiri dalam membawa suara dan harapan rakyat.

"Mungkin bentuk pendekatan dibawa ahli Parlimen juga berbeza dan mungkin ada yang bercakap perlahan, ada yang cakap kuat, jerit tetapi maksud mereka adalah untuk menyampaikan mesej itu.

"Pada saya kalau Speaker nak guna kuasa dia, dia boleh gunalah kuasa itu tapi kita sebagai ahli Parlimen di pihak kerajaan kita ada hak untuk kita bersuara dalam Parlimen jadi kita kena guna hak kita.

"Ini sebab pengundi kita hendak tengok pendekatan macam mana kita hendak bawa (suara mereka) itu dan itu adalah hak masing-masing (ahli Parlimen)," katanya kepada Sinar Harian.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28