KLANG - Cubaan membawa masuk 17,000 unit pistol angin bernilai RM4.4 juta gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum sebuah kontena dirampas di Pelabuhan Barat dekat sini pada Rabu lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati kontena bersaiz 40 kaki itu mengandungi unit pistol angin terbabit.