Israel buat sekatan baharu di Masjid al-Aqsa

Iklan
Penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di ruang parkir berhampiran al-Aqsa setelah akses ke masjid itu disekat sejak Perang Gaza tercetus. Foto AFP

TEL AVIV - Israel mahu mengehadkan jumlah jemaah yang dibenarkan memasuki Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis pada bulan Ramadan ini.

Pengumuman itu dibuat pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu selepas rejim Tel Aviv membenarkan solat tarawih diadakan di al-Aqsa sepanjang bulan suci tersebut.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri cuba membuat keputusan yang seimbang untuk membolehkan kebebasan beribadat di samping keperluan keselamatan yang ditentukan oleh profesional,” ujar pejabat pemimpin itu ketika disoal tentang kemungkinan penduduk Muslim berdepan sekatan akses ke masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam berkenaan.

Difahamkan, langkah kontroversi itu bakal berkuat kuasa pada pertengahan bulan depan.

Iklan

Pemimpin ekstremis tersebut berdepan tekanan daripada anggota sayap kanan di bawah kerajaan gabungan pimpinannya yang berkeras mahukan sekatan lebih ketat di masjid ketiga paling suci orang Islam berkenaan tanpa menghiraukan desakan negara Arab supaya mengekalkan status quo.

Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir mendakwa kumpulan anti-Israel kononnya akan menggunakan akses ke pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) untuk menzahirkan sokongan terhadap Hamas yang kini berjuang mempertahankan bumi Gaza dan menghasut keganasan.

Iklan

"Kemasukan golongan itu jelas mengancam keselamatan Israel,” ujar Ben Gvir yang sebelum ini beberapa kali menceroboh al-Aqsa bersama pelampau Yahudi dan dikecam banyak pihak.

Peraturan tentang akses ke tapak suci tersebut terutamanya ketika Ramadan sering mencetuskan pergeseran hingga mengundang kemarahan umat Islam.

Sebagai respons terhadap keputusan itu, Majlis Fatwa Tertinggi Palestin menggesa Muslim terus berkunjung dan melindungi al-Aqsa tanpa menghiraukan sekatan tersebut.

Hamas dalam satu kenyataan menentang keangkuhan Israel yang membuat keputusan jenayah tersebut dan berikrar untuk terus mempertahankan masjid berkenaan yang turut menjadi pertikaian selama beberapa dekad. - Agensi

Info:

>Pada April 2023, insiden pertempuran ganas berlaku antara penduduk Palestin dan polis Israel ketika Ramadan di masjid itu. >Kejadian keganasan sama juga pernah mencemari kesucian al-Aqsa pada 2021 dan 2022.

Sebelum ini, Israel berulang kali melarang kemasukan jemaah lebih muda atas alasan mahu mengelakkan sebarang konfrontasi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28