KLUANG - Seorang lelaki maut selepas treler yang penuh dengan muatan minyak sawit dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 71 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau itu, mangsa, Abdul Rashid Mohd Abdul Kadir, 66, dari Pasir Gudang maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati treler membawa muatan minyak sawit itu dipandu mangsa seorang diri dari Mersing ke Kluang hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di bahu jalan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.
"Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Eche' Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Artikel Berkaitan