JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo mengakui sedar akan penyebaran poster mukanya yang buruk bagi memberikan imej yang tidak baik kepadanya.
Namun, beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Jokowi berkata, beliau langsung tidak berkecil hati.
"Saya lihat di media sosial, di sampul, di poster dilukis muka saya yang pelik, yang aneh, tetapi saya tak ambil peduli.
"Cucu saya yang beritahu, tetapi saya tidak kisah kerana bagi saya itu ialah kebebasan media,” katanya ketika berucap pada Puncak Peringatan Hari Pers Nasional 2024 di Ancol, di sini, pada Isnin.
"Menjadi rumah bersama iaitu membuat berita dengan fakta yang betul, bukan membuat berita dengan ada-adanya (tokok tambah).
"Justeru, kita ingin wartawan di Indonesia mempunyai kewartawanan yang berkualiti, menjauhi konten negatif dan dapat memberi kemajuan kepada Indonesia,” katanya.
Seramai 33 delegasi Malaysia termasuk 16 Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi Iswami Malaysia turut hadir sebagai jemputan pada program yang disertai lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia itu.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28