Indonesia wujudkan Perpres lindungi hak media

Iklan
Delegasi Malaysia yang dijemput khas menghadiri Puncak Peringatan Hari Pers Nasional 2024 di Ancol pada Selasa. Foto Bernama

JAKARTA - Indonesia mewujudkan Peraturan Presiden (Perpres) yang berkaitan dengan hak penerbit industri media di negara itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, melalui Perpres, pengendali syarikat digital gergasi perlu membayar sebahagian pendapatan mereka kepada syarikat-syarikat media Indonesia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia dikuatkuasakan sebagai usaha untuk mendukung hak penerbitan kewartawanan dalam menghasilkan bahan berita yang berkualiti.

"Prosesnya memang sangat panjang dan melelahkan bagi banyak pihak kerana sukar menemukan titik temu. Sebelum tandatangan, saya juga mendengar pandangan rakan-rakan media.

Iklan

"Kita juga perlu melihat implikasinya tetapi dengan peranan dan desakan Majlis Media Indonesia dan pertubuhan media, akhirnya ia menemui titik temu.

Jokowi beramah mesra dengan delegasi Malaysia. Foto Bernama

"Pemerintah (kerajaan) juga ingin memastikan kelangsungan industri media nasional. Kita harap kerjasama lebih adil antara perusahaan media dan platform digital, sekali gus memberikan kerangka umum yang jelas bagi kerjasama perusahaan media dan platform digital," katanya ketika berucap pada Puncak Peringatan Hari Pers Nasional 2024 di Ancol, di sini pada Selasa.

Iklan

Pengumuman itu mendapat sorakan media Indonesia selepas tiga tahun berunding serta melalui cabaran antara syarikat media, platform media utama dan kerajaan Indonesia.

Sementara itu, Jokowi turut meluangkan masa bermesra dengan sekumpulan 30 media Malaysia yang dijemput khas meraikan HPN.

HPN yang bertemakan 'Mengawal transisi kepimpinan nasional dan merawat keutuhan bangsa’ itu disertai 6,000 wartawan dari seluruh republik itu.

Beliau mengambil masa beberapa minit bersalaman dan menyapa delegasi Malaysia serta turut bergambar.

Delegasi Malaysia dalam rangka Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia di Jakarta bermula 12 hingga 21 Februari.

Lawatan ilmu itu dibuat sebagai pendedahan kepada wartawan Malaysia mengenai pelbagai dimensi perspektif di sebalik kerancakan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2024, pada 14 Februari dan HPN Indonesia 2024, yang berlangsung di Jakarta.