Petinju cilik tak sabar turun bertarung di Stadium Titiwangsa

Iklan
Farish Hakimi (kanan) dan Aiman Harith teruja untuk bertarung buat kali pertama di pentas profesional dalam Cabaran Muaythai 2024 di Stadium Titiwanga, Kuala Lumpur hujung minggu ini. FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

DUA petinju cilik sudah tidak sabar untuk turun bertarung dalam Cabaran Muaythai 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Aiman Harith dan abangnya, Farish Hakimi Norfazlie yang mewakili Akademi Muaythai Kuda Merah begitu teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas profesional selepas berjinak-jinak dengan sukan tempur itu lebih setahun lalu.

Iklan
Iklan

Aiman Harith, 8, atau terkenal dengan julukan Adik Respect akan menentang Zarif Danial dari Akademi Jasin pada Sabtu ini.

"Rasa tidak sabar untuk bertempur. Cuba yang terbaik untuk raih kemenangan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Iklan

Kejohanan tersebut adalah anjuran bersama Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Farish Hakimi, 10, atau Kimi Hero Malaya pula bakal membuat perhitungan dengan Muhammad Izzat Fitri dari Muaythai Port Dickson pada Ahad.

Iklan

Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri Cheras itu mendedahkan teruja dengan sukan tempur tersebut kerana mahu mencabar diri dengan aktiviti lasak.

Malah katanya, sukan tersebut juga mampu menguji keberanian dan meningkatkan keyakinan diri.

"Saya berminat dengan muaythai kerana sering menonton video sukan tempur termasuk One Championship. Bukan mahu tunjuk kuat, tapi sukan ini mengajar supaya merendah diri dan hormat kepada lawan,” katanya yang menang lima kali daripada lapan persaingan di peringkat amatur.

Dalam pada itu, pengurus Kuda Merah Sarjan Fazlie Adni memberitahu, penubuhan Akademi Kuda Merah bertujuan mencungkil bakat baharu bermula pada usia muda.

"Sejak dari awal usia tujuh tahun mereka diasuh untuk bertarung secara sihat dan penuh disiplin. Menerusi akademi ini mampu melahirkan petinju pelapis buat Kuda Merah,” katanya.


INFO

Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024

SABTU (24 FEBRUARI)

Aiman Harith (Akademi Kuda Merah) lwn Zarif Danial (Akademi Jasin) (KMKM)

Hazami (Tommy PDRM Pulapol KL) lwn Syakir (FGTS Muaythai Gym)

Ahmad Hafizi (Jordan Top Team) lwn Zul Fazlie Shahmi Zaizul Shahram (FDM Muaythai)

IKmal Arief Kamarul Azlan (Hybrid Muaythai) lwn Lin Kai Tze (Shark Muaythai)

Damia Khaulah (Cosmic Johor) lwn Raja Izaty (Head Hunter Perak)

Akid Mikdam (Cosmic Johor) lwn Haikal (Hallo Fight Club)

Mohd Rafi Manaf (Kuda Merah PDRM) lwn Wan Muhammad Kittyyamat (Red Wolves)

AHAD (25 FEBRUARI)

Farish Hakimi (Akademi Kuda Merah) lwn Muhammad Izzat Fitri (Muaythai Port Dickson)

Nizam Joeffery (Kuda Merah Selatan) lwn Zahid (Singa Utara)

Tuah Tarmizi (Gorilla Muaythai) lwn Zufry Iskandar (Taring Muaythai)

Umar Usman (Red Wolves) lwn Ariq Penang (Attitude Muay Gym)

Samuel Raj (Selendang Kuning Studio) lwn Phitserithai (Rizq Muaythai)

Pet Sangoan (Yala Thailand) lwn Muhammad Ali Yaakub (Attitude Muay Gym)

Mohd Amirul Ariffin (Kuda Merah PDRM) lwn Nawid Ullah Bakshi (Afgahnistan Sampuri Ampang)

* Semua perlawanan bermula jam 8.30 malam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28