Pembantu kedai ditemukan mati dalam rumah

Iklan
Gambar hiasan

KUALA NERUS - Seorang pembantu kedai ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Permint Perdana, Seberang Takir, dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di kediamannya pada jam 7.10 malam.

Iklan
Iklan

"Pada malam tadi kita telah menerima laporan daripada jiran yang memaklumkan terhidu bau busuk dari sebuah rumah.

"Pihak polis kemudian memeriksa rumah tersebut dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan terbaring serta sudah mereput.

Iklan

"Mayat mangsa sudah diserahkan ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Zaki juga mengesahkan penemuan mayat lelaki itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Iklan

"Mangsa juga tinggal bersendirian di rumah itu selain tidak menemui petunjuk mengaitkan ada unsur jenayah di rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).