Ratcliffe janji Manchester United kembali digeruni

Iklan
Jim Ratcliffe

JUTAWAN Britain, Jim Ratcliffe menyifatkan satu penghormatan besar dan tanggungjawab selepas pembelian saham minoritinya dalam Manchester United dimuktamadkan semalam.

Pelaburan jutawan berusia 71 tahun itu menyaksikan dia akan mendapat kawalan dalam operasi bola sepak United selepas segala proses diluluskan oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Persatuan Bola Sepak Inggeris minggu lalu.

Iklan
Iklan

Pada 24 Disember tahun lalu, Ratcliffe telah bersetuju untuk membeli 25 peratus kepentingan dalam United daripada keluarga Glazer dalam perjanjian bernilai sekitar £1.02 bilion (RM6.2 bilion).

Berikutan penyempurnaan perjanjian itu, pengasas gergasi petrokimia INEOS itu telah melabur AS$200 juta (RM959 juta) untuk menjadikan jumlah pegangannya kepada 27.7 peratus dan akan menyuntik AS$100 juta (RM479 juta) lagi menjelang akhir tahun ini untuk pelaburan dalam infrastruktur di Old Trafford.

Iklan

"Ini menandakan selesainya urus niaga, tetapi hanya permulaan perjalanan kami untuk membawa Manchester United kembali ke puncak bola sepak Inggeris, Eropah dan dunia dengan kemudahan bertaraf dunia untuk peminat kami.

"Kerja untuk mencapai objektif tersebut akan dipercepatkan mulai hari ini,” kata Ratcliffe dalam satu kenyataan kelab.

Iklan

United tidak memenangi EPL sejak bekas pengurus Alex Ferguson bersara pada 2013 dan kali terakhir memenangi Liga Juara-Juara pada 2008.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28