'Perginya seorang Bapa Pembangunan Moden' - Mutang Tagal

Iklan
Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang diangkat sebagai Bapa Pembangunan Moden disifatkan sebagai kehilangan besar kepada rakyat Sarawak.

Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal menzahirkan rasa sedih atas pemergian Abdul Taib, pada Rabu dan menyifatkan Allahyarham seorang yang berdedikasi serta suka membantu rakyat Sarawak.

Iklan
Iklan

"Sedih apabila mendengar pemergian seorang negarawan sejati, mantan Gabenor Sarawak atau lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Moden, Tun Abdul Taib Mahmud.

"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara, khidmat yang tidak berbelah bahagi termasuk sumbangan besar beliau kepada rakyat Sarawak akan sentiasa dihargai," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.

Iklan

Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Jenazah Allahyarham diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Iklan

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadinya di Demak Jaya.

Dalam pada itu, Mutang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakyat Sarawak dan semua yang terkesan dengan pemergian Allahyarham.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28