Bendera Separuh Tiang

Iklan

Bendera Ibu Pertiwi dikibarkan separuh tiang di pekarangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini sebagai menghormati pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Kerajaan Sarawak dalam satu kenyataan rasmi mengisytiharkan berkabung selama dua hari bermula hari ini sebagai menghormati pemergian Abdul Taib, 87, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Iklan
Iklan

Kerajaan Sarawak juga memaklumkan bendera di seluruh Sarawak juga akan dikibarkan separuh tiang dan sebarang acara hiburan ditangguhkan. - Foto Bernama