Indonesia kerah lebih banyak kapal perang, jet pejuang ke Natuna

Iklan
Jet pejuang F-16 tiba di pangkalan tentera Raden Sadjad di kepulauan Natuna. - Foto: Agensi

JAKARTA - Indonesia telah menghantar jet pejuang dan kapal perang ke pulau rondaan berhampiran Laut China Selatan susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Beijing.

Hari ini, Presiden Joko Widodo atau Jokowi akan menuju ke perairan kaya dengan perikanan di sekitar kepulauan Natuna terletak berhampiran Laut China Selatan yang kebanyakannya dituntut oleh China meskipun bersaing dengan tuntutan negara Asia Tenggra lain.

Iklan
Iklan

Menurut tentera Indonesia, ia telah mengerahkan lapan kapal perang dan empat jet pejuang menjelang kunjungan Jokowi dalam usaha untuk menegaskan kedaulatannya di rantau itu.

"Sebuah kapal pengawal pantai China turut dikesan berhampiran pulau berkenaan," kata jurucakap Tentera Laut Indonesia, Fajar Tri Rohadi.

Iklan

Difahamkan, tindakan itu adalah susulan penempatan sekitar 600 anggota tentera laut, udara dan darat ke Natuna Jumaat lalu selepas ketenteraan melancarkan rondaan rutin untuk mengamankan kawasan tersebut berikutan kehadiran kapal asing di perairan Indonesia.

Jakarta juga akan menghantar ratusan nelayan ke kawasan terbabit untuk memerhatikan kapal asing.

Iklan

Minggu lalu, Indonesia memanggil Duta Besar China dan membantah tindakan kapal pengawal pantai Cina yang mengiringi not nelayan China di sekitar pulau itu pada pertengahan bulan lalu.

Beijing bagaimanapun menegaskan ia mempunyai hak bersejarah di rantau tersebut dan bot nelayannya menjalankan aktiviti sah dan munasabah.

Minggu ini, Kementerian Luar China memberitahu pertikaian itu ditangani secara diplomatik.

"China dan Indonesia telah berkomunikasi mengenai perkara ini melalui saluran diplomatik. Kedua-dua negara bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan serantau," jelas jurucakap kementerian, Geng Shuang.

Shuang turut menyifatkan Jakarta dan Beijing sebagai rakan strategik yang komprehensif. - AFP