KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia pada Rabu.
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
"Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamanya oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah,” menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.
Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini (Rabu) dan pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negara pada 10.24 pagi, dan dibawa ke Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.
Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak, jenazah akan terus dibawa ke rumah Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.
Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28