PUTRAJAYA - Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di sidang Parlimen pada Jun depan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata draf RU berkenaan sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan, sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Ini penting kerana mengikut sejarahnya, dasar mengenai pembentukan penggubalan Akta Majlis Media Malaysia telah dimasukkan pada 2019, tetapi memandangkan ada sejumlah perubahan kerajaan dan setelah terbentuknya Parlimen Ke-15 dan Kerajaan Madani sekarang, maka kita perlu ada penyelarasan beberapa perkara dasar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini pada Rabu.
"Sekiranya Majlis Media Malaysia pada satu ketika ingin membentuk atau mengguna pakai kod etika ini atau kod etika baru, itu terpulang kepada mereka.
"Ini kerana JaPen akan menggunakan kod etika ini dalam konteks memberi atau menarik balik kad perakuan media. Kad perakuan media tidak diberikan oleh Majlis Media,” katanya.
Fahmi berkata, kod etika JaPen merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh JaPen, untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28