Kerajaan tidak serius tangani kesan kejatuhan ringgit - Radzi Jidin

Iklan
Mohd Radzi (gambar kecil) mendakwa kerajaan tidak serius menangani kesan kejatuhan nilai Ringgit yang berlaku ketika ini. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mendakwa kerajaan tidak serius menangani kesan kejatuhan nilai Ringgit yang berlaku ketika ini.

Malah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut menyindir tindakan pemimpin kerajaan yang dikatakan 'menikus' apabila ditanya mengenai perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Berkaitan dolar Singapura, nilai ringgit telah mencapai tahap paling rendah dalam sejarah.

"Untuk sahabat-sahabat yang hendak menunaikan umrah atau haji, nilai riyal berada pada tahap terendah dalam sejarah. Jadi secara keseluruhannya jika dilihat data nilai ringgit sepanjang setahun yang lalu, ringgit semakin lemah," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu Mohd Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berkata, beliau pernah menegur pemimpin kerajaan berkaitan kenaikan dan kejatuhan nilai ringgit.

Namun beliau hairan mengapa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak 'hairan' apabila situasi itu berlaku.

Iklan

"Sebelum ini (nilai) ringgit jatuh, habis dibalunnya Menteri Kewangan (terdahulu). Kalau dahulu Anwar (kata) hairan, sekarang ini adakah beliau masih hairan. Saya tidak hairan kalau beliau tidak hairan.

"Dahulu saudara Rafizi (Ramli) kata bila mata wang jatuh, satu patah perkataan Menteri Kewangan pada waktu itu tak cakap.

"Hari ini wartawan bertanya kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkaitan dengan kejatuhan nilai ringgit, dia suruh gabenor (Bank Negara) jawab," katanya.