NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata di Palestin.
Sebaliknya, AS telah mencadangkan draf resolusi yang menggesa gencatan senjata sementara dan menentang serangan darat besar oleh Israel di Rafah.
Negara-negara Arab yang diketuai oleh Algeria, meletakkan draf resolusi itu ketika undian pada Selasa dengan jangkaan ia tidak akan lulus selepas AS yang juga sekutu utama Israel.
AS adalah satu-satunya negara yang mengundi menentang draf teks, manakala United Kingdom membuat keputusan berkecuali.
Sebanyak 13 buah negara anggota Majlis Keselamatan PBB yang lain mengundi menyokong teks yang menuntut dihentikan perang yang telah membunuh lebih 29,000 orang di Gaza setakat ini.
Untuk resolusi Majlis Keselamatan PBB diterima pakai, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh mana-mana lima ahli tetap: AS, United Kingdom, Perancis, Rusia atau China.
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, negaranya memveto resolusi itu kerana bimbang ia akan menjejaskan rundingan antara AS, Mesir, Israel dan Qatar.
"Ketetapan ini adalah pendirian untuk kebenaran dan kemanusiaan, menentang penyokong pembunuhan dan kebencian.
"Mengundi menentangnya membayangkan pengesahan keganasan kejam dan hukuman kolektif yang dikenakan ke atas mereka (rakyat Palestin),” tegasnya.
Washington secara tradisinya melindungi Israel daripada tindakan PBB dan sebelum ini telah memveto dua lagi resolusi Majlis Keselamatan sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023. – Agensi