KUCHING - Kediaman bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, di sini dipenuhi keluarga terdekat serta pemimpin Sarawak yang hadir, untuk memberi penghormatan terakhir.
Van yang membawa jenazah Abdul Taib dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tiba di kediamannya pada kira-kira jam 5.10 petang tadi, sebelum solat jenazah dilaksanakan yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.