Gara-gara almari kasut, anak pukul ibu guna kunci stereng

Iklan
Seorang lelaki tergamak memukul ibunya hanya kerana mangsa didakwa meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke biliknya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Muda Cheras pada Selasa. (Gambar kecil: Mohd Azam) Gambar hiasan

AMPANG - Seorang lelaki tergamak memukul ibu kandung sendiri hanya kerana mangsa didakwa meletakkan almari kasut sehingga menghalang laluan ke biliknya dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Muda Cheras di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi ketika mangsa berumur 74 tahun itu sedang tidur.

Iklan
Iklan

"Suspek mendatangi mangsa sebelum memukul mangsa menggunakan kunci stereng kereta sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian kepala selain dua gigi mangsa patah.

Katanya, suspek yang merupakan pengganggur itu bagaimanapun diberkas polis pada hari sama.

Iklan

"Suspek diberkas merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun selain saringan dijalankan mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

"Siasatan mendapati hubungan suspek dan mangsa tidak baik sejak 10 tahun lalu," katanya.

Iklan

Menurutnya, suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.