Presiden AS umum batal hutang pelajar

Iklan
Biden berucap ketika mengadakan lawatan ke California pada Rabu.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pentadbirannya akan membatalkan hutang pelajar bernilai AS$1.2 bilion (RM5.75 bilion) melibatkan 153,000 individu yang layak.

Program itu antara lain merupakan janji beliau untuk menghapuskan hutang pinjaman para pelajar sebelum ini.

Iklan
Iklan

Biden semasa lawatan ke California memberitahu, walaupun ijazah kolej adalah tiket kehidupan yang lebih baik, namun yuran untuk mendapatkannya disifatkan terlalu mahal.

Biden menarik perhatian bahawa bantuan pengecualian hutang itu nanti akan membantu graduan kolej dan peminjam dengan pinjaman yang lebih kecil untuk bebas hutang lebih cepat berbanding sebelum ini.

Iklan

Dalam satu kenyataan, White House memberitahu, pentadbiran Biden kini telah membatalkan sejumlah AS$138 bilion (RM661.3 bilion) hutang untuk hampir 3.9 juta orang melalui tindakan eksekutif.

Program 'Saving On A Valuable Education' (SAVE) membantu pelajar yang membuat pinjaman sebanyak AS$12,000 (RM57,000) atau yang telah membayar semula sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun. - Agensi

Iklan