PARIS - Sebuah satelit milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) terhempas ke bumi setelah berada di orbit selama hampir 30 tahun, lapor agensi berita United Press International (UPI).
ESA memaklumkan satelit ERS-2 memasuki atmosfera bumi di kawasan utara Lautan Pasifik sekitar jam 2.17 petang (waktu tempatan) atau 3.17 pagi (waktu Malaysia).
Iklan
Iklan
Sebelum itu, ESA meramalkan bahawa satelit seberat 2.3 metrik tan itu akan terhempas di lokasi tidak ditetapkan di Lautan Pasifik sekitar jam 10.41 pagi (waktu tempatan) atau 11.41 malam (waktu Malaysia).
Penyelidik ESA tidak dapat menganggarkan sisa satelit ERS-2 yang tinggal kerana ia akan terbakar di atmosfera, manakala selebihnya dijangka hilang di lautan.
Pada Isnin, ESA berkongsi imej yang dirakam oleh Agensi Angkasa Lepas Britain dan syarikat HEO Robotics yang menunjukkan ERS-2 sedang menuju ke arah Bumi.
Operasi ERS-2 dihentikan pada 2011 dan ia menuju ke Bumi sejak itu. Satelit tersebut dilancarkan pada 1995, empat tahun selepas satelit ERS-1 dilancarkan untuk memerhati dan menjejaki perubahan dalam planet. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28