KERAJAAN optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan banyak tonggak utama lain yang kekal mempunyai daya tarikan dan menarik minat pelabur global.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelabur akan mempertimbangkan prospek jangka panjang dan sesuatu yang menjadi sandaran dalam membuat keputusan mereka.