Dekorasi hiasan bukan bersifat keagamaan, kata Gobind

Iklan
Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang masalah dalam membuat dekorasi hiasan sambutan Tahun Baru Cina di sekolah kerana ia bukan bersifat keagamaan dan bukan satu perayaan keagamaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, membuat hiasan bagi meraikan sesuatu acara kebudayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina adalah satu perkara biasa.

Iklan
Iklan

"Kita adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya dan kita meraikan acara seperti ini pada peringkat kebangsaan sejak bertahun-tahun lalu.

"Kita perlu menghormati antara satu sama lain dan sama-sama meraikan acara seperti ini,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi beliau mengenai isu hiasan sambutan Tahun Baru Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: PIBG turun hiasan 'berlebihan' sambut Tahun Baru Cina

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengancam untuk melaporkan sekolah berkenaan, kononnya hiasan Tahun Baru Cina tersebut bersifat keagamaan.

Iklan

Sehubungan itu, Gobind berkata, kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh Putra itu adalah tidak berasas dan beliau berpendapat sekolah tersebut tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan seumpama itu. - Bernama