Siasatan rasuah RM6 juta KFA selesai - SPRM

Iklan
Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung rasuah bernilai RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut telah selesai dan berada dalam proses semakan akhir, sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Iklan
Iklan

"Namun begitu, ia belum lagi di peringkat untuk hantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) tetapi dalam peringkat pendakwaan SPRM," katanya pada sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas majlis konvokesyen Program Pegawai Integriti Betauliah (CeIO) kali ke-10 di World Trade Centre (WTC), dekat sini.

Iklan

Majlis konvokesyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ditanya adakah SPRM mencadangkan pendakwaan terhadap mana-mana individu berhubung kes KFA, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut.

Iklan

Namun begitu menurutnya, SPRM akan memaklumkan perkara itu pada masa hadapan sekiranya terdapat perkembangan siasatan lanjutan.

Pada 7 Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Zulkifli Che Haron telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Terdahulu, SPRM menahan reman Zulkifli dan tiga individu berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Habis...

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28