OKU perlu daftar dengan JKM - Nancy

Iklan
Nancy pada program Town Hall Rakyat kali kesembilan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu kerajaan mengumpul data golongan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dengan adanya data itu, mudah bagi kerajaan untuk merancang pembangunan untuk kemudahan OKU.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini ramai yang bising mengenai infrastruktur untuk golongan OKU, jadi data yang ada boleh digunakan sebagai bukti berapa ramai penduduk kita berada dalam kelompok tersebut.

"Selain itu, kad OKU yang diberikan selepas mendaftar mempunyai banyak kelebihan antaranya mendapat perkhidmatan hospital serta boleh menggunakan pengangkutan awam secara percuma. Banyak lagi faedah jika mereka mendaftar," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selaku panel pada program Town Hall Rakyat kali kesembilan yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Program yang berlangsung di Kompleks Karangkraf itu dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Iklan

Tambah Nancy, tidak salah sekiranya mereka mahu mendaftar dengan persatuan atau mana-mana pihak tetapi jangan melepaskan peluang untuk melakukan perkara yang sama dengan JKM.

"Untuk berdaftar dengan persatuan tiada masalah tetapi perlu juga berdaftar dengan JKM. Sebab kita tahu kadang-kadang dalam kalangan mereka tidak perlukan duit kerajaan.

"Tapi alhamdulillah, selepas jumpa, mereka kata kami tidak pernah tahu. Jadi selepas ini mereka tidak lagi kata kerajaan tidak bantu," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28