Apabila anak muda anggap melabur beli rumah sebagai satu kesilapan

Iklan
Melabur untuk rumah melatih seseorang itu berdisiplin dalam berbelanja agar tidak digunakan kepada perkara-perkara tidak berfaedah. Foto hiasan

MERAK Jalanan tertarik dengan satu posting yang turut menjadi perbincangan di media sosial. Ia berkaitan satu tulisan daripada anak muda yang mendakwa menyesal membeli rumah.

Menurut anak muda itu, melabur untuk rumah satu kesilapan besar kerana terikat dengan komitmen bank. Dia sebaliknya yakin dapat menyimpan lebih banyak wang jika menyewa sahaja.

Iklan
Iklan

Pendapat anak muda ini bukanlah baharu bagi Merak Jalanan. Enam tahun lepas, ada rakan Merak Jalanan memberi pandangan hampir sama.

Katanya, buat apa membeli rumah kalau terpaksa membayar ansuran bank lebih tinggi setiap bulan berbanding menyewa.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, perkara ini subjektif. Benar, selepas membeli rumah perlu fikirkan perbelanjaan lain seperti kos penyelenggaraan, cukai pintu dan cukai tanah.

Pandangan Merak Jalanan, melabur untuk rumah melatih seseorang itu berdisiplin dalam berbelanja agar tidak digunakan kepada perkara-perkara tidak berfaedah.

Iklan

Tak semestinya menyewa akan dapat menyimpan lebih banyak wang. Silap-silap habis begitu sahaja dibelanjakan untuk perkara yang bukan-bukan.

Cuma nasihat Merak Jalanan, kalau nak beli rumah, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan pula ‘gatal’ beli rumah banglo dua tingkat kalau gaji bulanan kurang RM2,000. Cukup sekadar rumah apartmen sederhana, janji selesa.

Berbalik cerita rakan tersebut, baru-baru ini Merak Jalanan dapat mesej WhatsApp daripadanya. Dia agak stres dan meminta Merak Jalanan tolong carikan di kawasan sekitar kalau-kalau ada orang nak menyewakan rumah.

Rupa-rupanya, dalam tempoh enam tahun ini, sudah dua kali dia terpaksa keluar rumah sewa sebab kedua-dua tuan rumah menjual kediaman tersebut selepas harga naik melambung.

Terfikir juga, kalau enam tahun dulu rakan Merak Jalanan ini membeli rumah, sudah tentu tak perlu susah payah berpindah randah.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28