PULUHAN pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pasti tidak dapat melupakan kenangan, yang mungkin menjadi antara detik indah dalam kehidupan mereka.
Mana tidaknya, legenda ragbi dunia dan New Zealand, Sonny Bill Williams yang dalam rangka lawatan ke Malaysia sempat meluangkan masa melawat sekolah berprestij tersebut.
Iklan
Iklan
Sekolah yang terkenal kerana kecemerlangan akademik dan sukan termasuk ragbi itu, menjadi antara lokasi persinggahan Williams semasa beliau berada di Malaysia.
Beberapa pelajar kemudian mempersembahkan ‘haka’ di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.
"Kami mendalami perbincangan mengenai sukan, iman, dan cara memupuk pertumbuhan minda dengan standard yang tinggi.
"Alhamdullilah untuk kehidupan ini dan itu adalah keberkatan,” tulisnya di laman Instagram beliau. - Awani
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28