Tidak wajar perhiasan Tahun Baru Cina diturunkan: Guan Eng

Iklan
Guan Eng melawat kaunter setempat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan beramah mesra dengan pelanggan sempena Hari Bertemu Pelanggan setiap hari Rabu bermula hari ini yang diadakan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Kerajaan Jalan Duta. - Foto: Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan perhiasan perayaan Tahun Baru Cina tidak ada kaitan dengan aktiviti keagamaan malah desakan supaya ia diturunkan di sebuah sekolah di Puchong tidak perlu diendahkan.

Menurutnya, ini kerana perkara tersebut tidak pernah menjadi satu kesalahan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Perkara ini dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan saya secara peribadi mahu nyatakan tiada sebab perhiasan Tahun Baru Cina tidak dibenarkan (dipasang di sekolah).

"Perayaan Tahun Baru Cina tiada kaitan dengan agama, ini sambut tahun baru. Kami tidak dapat menerima tindakan setengah pihak yang cuba mainkan sentimen berkaitan dengan perhiasan sehingga memaksa ia diturunkan," katanya pada Sidang Media Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Iklan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 bertindak menurunkan sebahagian tanglung yang menjadi perhiasan sekolah bagi sambutan Tahun Baru Cina bakal disambut tidak lama lagi.

Yang Dipertuanya, Kuan Chee Heng berkata, tindakan tersebut diambil bagi meredakan keadaan selepas mendapat arahan daripada pengetua sekolah.

Iklan

Menurutnya, pihak kesal dengan tohmahan dilemparkan sebuah parti politik terhadap pihak sekolah yang mendakwa perhiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina dibuat di sekolah berlebihan dan mempunyai unsur keagamaan

Guan Eng berkata, difahamkan perhiasan tersebut diturunkan atas nasihat polis.

"Saya tidak boleh terima tindakan polis yang mengarahkan ia diturunkan sedangkan sekolah tersebut mempunyai 80 peratus bukan Melayu.

"Kalau kita ke pusat beli belah pun ada perhiasan sempena Tahun Baru Cina dan ia bukan satu masalah. Sepatutnya dalam hal ini ia tidak harus menjadi masalah," katanya.

Katanya, polis juga tidak perlu akur dengan desakan atau arahan mana-mana pihak bukan kerajaan yang mahu memainkan sentimen tidak sihat.

"Saya menasihati polis, jika sesuatu perkara berlaku di sekolah, biarlah Kementerian Pendidikan yang mengambil tindakan.

"Ini kerana tindakan sedemikian memberi kesan kepada persepsi umum bahawa sambutan Tahun Baru Cina tidak diraikan.

"Jangan biarkan isu seperti ini memecahbelahkan kita terutama perayaan Tahun Baru Cina ini sebenarnya tidak melibatkan soal keagamaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PIBG-turun-hiasan-berlebihan-sambut-Tahun-Baru-Cina