Siti Nur Imani Aafiyah perlukan RM90,000 untuk pembedahan jantung segera
Iklan
Siti Nur Imani Aafiyah bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan masih ditempatkan di wad hospital berikutan keadaannya yang kritikal.
BUKIT MERTAJAM - Bayi perempuan, Siti Nur Imani Aafiyah Mohamad Sobri yang mengalami masalah jantung memerlukan dana RM90,000 bagi menampung kos pembedahan yang perlu dilakukan segera.
Sejak dilahirkan sebulan lalu, Siti Nur Imani Aafiyah bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan masih ditempatkan di wad hospital berikutan keadaannya yang kritikal.
Iklan
Iklan
Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, anak kedua kepada pasangan Siti Safila Shukri dan Mohamad Sobri Ahmad dari Gurun, Kedah itu dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada 26 Februari ini namun berdepan dengan masalah kewangan.
"Siti Nur Imani Aafiyah disahkan menghidapi masalah truncus arteriosus disertai dengan kecacatan septum ventrikel (VSD) dan septum atrium (ASD) yang biasanya dikenali sebagai kecacatan jantung.
Iklan
"Bayi perempuan itu kurang satu saluran darah di jantungnya sehingga dia tidak boleh bernafas sendiri.
"Justeru, doktor memberitahu pembedahan secepat mungkin perlu dibuat dalam tempoh dua minggu ini bagi menyelamatkan nyawanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Sui Hau berkata, menurut ibu bayi berkenaan, semasa mengandungkan Siti Nur Imani Aafiyah, segalanya normal sehinggalah dia bersalin tanpa sebarang masalah dengan berat bayinya 2.74 kilogram.
Bagaimanapun katanya, ketika dilahirkan, tangisan Siti Nur Imani Aafiyah lemah sebelum doktor mendapati dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
"Bayi ini turut mengalami sianosis (bibir dan kuku kebiruan) dan sesak nafas. Bahkan tiga hari selepas lahir, dia turut didiagnosis dengan radang paru-paru yang teruk dan kecacatan jantung yang mengancam nyawa,” katanya lagi.
Mohd Sobri (kiri) dan isterinya, Siti Safila (dua dari kiri) menunjukkan gambar anak mereka ketika mendapatkan bantuan daripada One Hope Charity & Welfare, baru-baru ini.
Sementara itu, Sui Hau berkata, kedua ibu bapa bayi itu hanya bekerja sebagai operator kilang dengan gaji RM1,550 setiap seorang.
Katanya, pasangan itu juga perlu membesarkan seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.
Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, sila hubungi One Hope Charity & Welfare di talian hotline 04-539 9212, 016-4192 192, 019-2322 192 dan 018-911 4192 atau layari onehopecharity.org.
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun bank One Hope Charity & Welfare (Public Bank Berhad - 3201428817) dengan kod swift: PBBEMYKL.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini.
Beliau mendakwa, syarikat yang melabur di Kedah diberikan tekanan untuk menarik diri daripada projek yang telah diumumkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698511/edisi/utara/sanusi-dakwa-wujud-plot-gagalkan-pelaburan-swasta-di-kedah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com