Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di bawah jambatan dekat Sungai Mentua, Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.

TUMPAT - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di bawah jambatan dekat Sungai Mentua, Pulau Ular, Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima panggilan berkait penemuan mayat itu pada jam 4.50 petang.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor telah pergi ke tempat kejadian.

"Sejurus tiba di lokasi, mangsa ditemukan dalam keadaan lengkap memakai baju-T dan berseluar sukan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Motosikal mangsa turut ditemui di lokasi kejadian.

Iklan

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Ujarnya, mayat dibawa ke Hospital Kelaboran untuk bedah siasat.

Iklan

"Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas. Jenazah telah dituntut dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28