36 rakyat Malaysia cedera bas persiaran terbabas di Thailand

Iklan

BANGKOK - Seramai 36 pelancong Malaysia dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya di daerah Bo Phloi, Kanchanaburi, di barat Bangkok, pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari (waktu tempatan) ketika sekumpulan rakyat Malaysia berusia antara 4 hingga 70 tahun dalam perjalanan selepas melawat Taman Safari di Kanchanaburi.

Iklan
Iklan

Pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-duanya warga tempatan turut cedera dalam kejadian itu.

Seorang daripada ahli kumpulan itu, Hisyam Rahim berkata nahas berlaku ketika pemandu bas cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Iklan

"Ambulans dihantar ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa. Kami kemudian dibawa ke Hospital Bo Phlai di Kanchanaburi.

"Seramai 35 lagi rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan ringan pulang ke hotel selepas menerima rawatan di hospital,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Kumpulan itu sedang mengikuti lawatan ke Thailand dari 21 hingga 24 Feb.

Sementara itu, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, kakitangan konsular kedutaan telah ke Kanchanaburi pada hari yang sama untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

"Kedutaan akan memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28