Kemunculan Marissa Dania bersama keluarga tarik perhatian

Iklan
Marissa Dania bersama kedua-dua ibu bapanya.

KEMUNCULAN anak Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim menghadiri promosi bufet Ramadan di sebuah hotel terkemuka bersama keluarganya, selepas segala kontroversi yang melanda telah menarik perhatian ramai.

Rata-rata warga maya memuji keterbukaan Abby dan Norman menyambut anak mereka dengan tangan terbuka tanpa menghiraukan pandangan sinis yang diberikan oleh orang luar.

Abby mendakap Marissa Dania sambil merakamkan video bersama anak keduanya itu.

Iklan
Iklan

"Mak ayah hebat! Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak yang memberi ujian hebat untuk mereka, sebab mereka tahu, anak amanah ALLAH.

"Tidak kira betapa ramai yang mengecam sebab mereka berpegang tidak kisah dipandang buruk di mata manusia," tulis seorang pengikut Instagram Abby.

Iklan

Dalam video sama, dilihat Abby mendakap Marissa sambil merakamkan video bersama anak keduanya itu.

Abby bersama Marissa Dania.

Sementara Norman pula dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa, manakala adik tiri yang lain datang memeluk wanita berusia 19 tahun itu.

Iklan

Sementara itu, menerusi hantaran di medium Insta Story miliknya, Abby turut berterima kasih atas baik budi bicara, komen positif yang ditinggalkan oleh pengikutnya.

Dalam masa sama bintang Gerak Khas dan usahawan itu turut meminta mana-mana pihak yang mengecam untuk memperbaiki diri sendiri.

Marissa Dania (kanan) dilihat meluangkan masa bersama keluarganya.

Terdahulu, nama Marissa kembali menjadi perhatian selepas seorang wanita mendedahkan anak kedua Norman dan Abby itu telah menjadi isteri kedua adik iparnya.

Bagaimanapun sehingga kini, baik Norman, Abby mahupun Marissa tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan itu.