Pramugari kendong penumpang sakit

Iklan
Tindakan Zhang Qiqi mengendong wanita di belakangnya kerana mengalami masalah kesihatan tular di laman sosial.

CHENGDU - Seorang pramugari mendapat pujian netizen dan diangkat sebagai wira kerana sanggup mengendong seorang wanita mengalami masalah kesihatan keluar dari sebuah pesawat China United Airlines di Chengdu China.

Menurut Ibtimes, pramugari bernama Zhang Qiqi berkata penumpang berkenaan tiba-tiba berasa sakit di bahagian perut dan perlu rawatan segera.

Iklan
Iklan

"Saya segera ke tempat duduknya dan mendapati mukanya pucat dan perlu rawatan segera. Malah penerbangan sepatutnya berlepas terpaksa ditangguhkan seketika.

"Pada masa sama kami membuat panggilan kecemasan kepada petugas perubatan untuk datang segera ke sini.

Iklan

"Seorang doktor lakukan pemeriksaan memberitahu kami, denyutan nadi penumpang sangat lemah," katanya.

Petugas perubatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu namun pengusung kecemasan tidak muat untuk berada di lorong penumpang.

Iklan

Ekoran itu, Zhang menawar diri mengendong wanita itu sehingga keluar dari pintu pesawat.

"Saya hanya mahu menyelamatkan dia. Saya pun tidak percaya bagaimana saya sekuat itu apabila melihat rakaman berkenaan," katanya merujuk kepada rakaman videonya berdurasi 59 saat tular di laman sosial.

Dalam pada itu, penerbangan tersebut mengalami kelewatan 43 minit dan Zhang mengucapkan terima kasih kepada 175 penumpang kerana bersabar dan memahami keadaan kecemasan.