Program mentor mentee KEDA lahirkan ramai usahawan muda
Iklan
Ismasuhaimi (tengah) beramah mesra dengan peserta program mentor mentee KEDA yang terpilih untuk tahun ini.
JITRA - Program mentor mentee berjaya melahirkan ramai usahawan khususnya golongan muda dalam pelbagai bidang khususnya penyejukbekuan dan penyaman udara, jahitan serta makanan ala Thai.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Ismasuhaimi Shariff berkata, sebanyak RM250,000 diperuntukkan untuk tahun ini bagi menjayakan program mentor mentee di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setakat ini KEDA mempunyai seramai tiga mentor dan 25 mentee yang berdaftar untuk diagihkan peruntukan keseluruhan yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
"Sasaran kita adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah B40 termasuk luar bandar di negeri ini, melalui penglibatan mereka dalam projek-projek ekonomi yang berupaya meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka,” katanya selepas majlis penyerahan peralatan bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Mentor Mentee di sini pada Jumaat
Iklan
Ismasuhaimi (lima dari kiri) bersama 10 usahawan dalam bidang penyejukbekuan dan pendingin hawa yang terpilih menjayakan program mentor mentee KEDA.
Ismasuhaimi berkata, setiap mentee yang terpilih diberi bantuan maksimum sebanyak RM10,000 merangkumi kos latihan, kursus dan peralatan.
Menurutnya, semua mentee terlibat telah disemak bagi memastikan usahawan tersebut masih aktif menjalankan perniagaan.
Iklan
"KEDA akan memantau mentor dan setiap mentee selama setahun seperti garis panduan ditetapkan oleh KKDW.
"Walaupun tempoh pemantauan program telah tamat, KEDA akan pastikan mentor akan terus memantau dan membantu mentee untuk terus meningkatkan pendapatan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, program mentor dan mentee ini diharap menjadi contoh kepada model perniagaan lain pada masa akan datang agar lebih ramai usahawan dapat dilahirkan.
Ismasuhaimi (kanan) melawat ruang pameran peralatan disediakan mentor untuk program berkenaan.
Ismasuhaimi berkata, untuk tahun ini, KEDA membantu usahawan dalam bidang penyejukbekuan dan pendingin hawa, dengan bekerjasama bersama syarikat MKR Waja Enterprise yang dilantik sebagai mentor.
"Syarikat ini menjalankan kursus Heating Ventilation Air Conditioning dan merupakan sebuah syarikat pembekal penghawa dingin di wilayah Utara.
"Kos keseluruhan sebanyak RM100,000 melibatkan 10 peserta sekitar Kedah, terdiri daripada ketua isi rumah B40 yang layak serta mempunyai pengalaman dalam bidang penghawa dingin,” jelasnya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam