Restoran terkenal di Ipoh diserbu, 12 PATI ditahan

Iklan
JIM Perak berjaya menahan 11 lelaki warga Myanmar dan seorang wanita Indonesia. Foto Jabatan Imigresen Perak

IPOH - Jabatan Imigresen menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil serbuan di sebuah restoran terkenal yang menjadi tumpuan pelancong di sini pada Jumaat.

Serbuan bermula jam 8.15 pagi itu membabitkan 11 lelaki warga Myanmar dan seorang wanita Indonesia.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah Imigresen Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, pemeriksaan dilakukan di ruang restoran dan tingkat atas bangunan itu yang dijadikan asrama pekerja.

"Mereka dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas sah untuk berada di negara ini, Seksyen 15(1)(c) iaitu telah tinggal lebih masa dan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat Pas Lawatan.

Iklan
Pemeriksaan dilakukan di ruang restoran dan tingkat atas bangunan itu yang dijadikan asrama pekerja. Foto Jabatan Imigresen Perak

"Semasa serbuan, kesemua mereka sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas majikan dan pemilik premis perniagaan itu kerana membenarkan PATI berada di dalam premis.

Iklan

"Mereka akan dikenakan tindakan tegas jika didapati melakukan kesalahan sepertimana diperuntukkan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Pasport 1966," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28