Raja Permaisuri Agong terima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Negara

Iklan
Raja Zarith Sofiah (kiri) pada Jumaat berkenan menerima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Negara, di sini. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada Jumaat berkenan menerima menghadap isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu adalah bagi membincangkan beberapa perkara mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dengan Seri Paduka Baginda yang juga berperanan selaku Penaung Diraja persatuan itu.

Iklan
Iklan

Dr Wan Azizah yang merupakan Yang Dipertua PPPM turut diiringi Timbalan Yang Dipertua PPPM, Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng dalam sesi menghadap itu. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan
Iklan