Daya saing lemah punca ringgit merosot - Apurva

Iklan
Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat telah mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak di negara ini. - Gambar hiasan. (Gambar kecil: Apurva Sanghi)

KEKURANGAN pembaharuan yang dilaksanakan selepas krisis Kewangan Asia 1998 (AFC) menjadi punca prestasi ringgit menjadi semakin lemah.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi berkata, isu ringgit yang lemah turut bakal menjejaskan ekonomi Malaysia dalam waktu yang panjang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu itu turut didorong oleh pelaburan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dalam aliran menurun sejak AFC.

"Lebihan fiskal terakhir Malaysia adalah ketika pra-AFC. (Peratusan) Eksport berbanding KDNK menguncup daripada 120 peratus pada 1999 kepada 68 peratus pada 2023," katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.

Iklan

Beliau dalam pada itu mengakui ringgit pada asalnya bermula dengan lebih kukuh berbanding baht Thailand dan won Korea selepas AFC, namun sekarang tidak lagi sedemikian.

Jelasnya, perkara itu berlaku berikutan Thailand dan Korea melaksanakan pembaharuan selepas krisis.

Iklan

"Mereka memilih 'kepedihan' dalam jangka pendek dengan melakukan pembaharuan, namun lebih baik untuk jangka masa panjang dan Malaysia tidak bertindak sedemikian" katanya.

Apurva kemudian berseloroh mengatakan jika seseorang itu mahu turunkan berat badan, individu itu perlu bangunkan tabiat yang baik terlebih dulu. Berat akan bertindak sendiri.

"Begitu juga ringgit terkesan sebahagian besarnya oleh kemerosotan jangka panjang daya saing Malaysia," ujarnya.

Apurva juga menjelaskan bahawa kejutan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) turut menjejaskan ringgit.

"Gerakan dolar Amerika Syarikat (AS) dan prestasi ekonomi China juga mempengaruhi prestasi ringgit.

"Faktor luaran (AS, China) jelas penting tetapi mempengaruhi negara berbeza secara berbeza. Kenapa? Kerana perbezaan keadaan domestik dan maklum balas," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28