PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Liverpool diundi berdepan gergasi Czech, Sparta Praha dalam Pusingan 16 Terbaik Liga Europa.
Pendahulu Bundesliga Jerman, Bayer Leverkusen pula akan menentang kelab dari Azerbaijan, Qarabag.
Pemenang Liga Konferensi Europa, West Ham United akan menentang kelab Jerman, Freiburg manakala naib juara musim lalu, AS Roma dari Itali berdepan Brighton & Hove Albion pimpinan Roberto De Zerbi.
Kelab La Liga Sepanyol, Villarreal berstatus juara 2020/21, akan menentang kelab Ligue 1 Perancis, Olympique de Marseille.
Sementara AC Milan dari Serie A Itali akan menguji Slavia Prague, manakala kelab Portugal, Benfica akan menentang wakil Scotland, Rangers.
Satu lagi wakil Portugal, Sporting Lisbon akan menentang Atalanta dari Serie A Itali.
LIGA EUROPA
PUSINGAN 16 TERBAIK
Sparta Prague lwn Liverpool
Olympique de Marseille lwn Villareal
AS Roma lwn Brighton & Hove Albion
Benfica lwn Rangers
Freiburg lwn West Ham United
Sporting lwn Atalanta
AC Milan lwn Slavia Prague
Qarabag lwn Bayer Leverkusen
Pusingan pertama akan dimainkan pada 7 Mac, kecuali Sporting v Atalanta yang akan bermain perlawanan pusingan pertama pada 5 Mac manakala pusingan kedua pada 14 Mac.
*Pasukan yang disebut dahulu akan menjadi tuan rumah perlawanan pertama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28