GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal perlu menggunakan kekalahan terakhir dalam Liga Juara-Juara di Porto sebagai bahan bakar tambahan menjelang kunjungan Newcastle United pada Sabtu, kata pengendali Mikel Arteta.
Arsenal yakin dapat membalikkan defisit itu pada perlawanan kedua, namun sebelum itu keutamaan Arteta adalah kepada cabaran kejuaraan EPL.
"Apa yang berlaku dalam pertandingan lain telah pun berlaku, tetapi apa yang anda tidak boleh nafikan ialah apa yang bermain di benak anda selepas kekalahan.
"Kami perlu menggunakannya dengan cara yang sangat hebat untuk menjadi lebih baik,” kata Arteta kepada pemberita.
Gol masa kecederaan Galeno menjulang Porto dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik mengejutkan Arsenal yang berada dalam momentum cemerlang saingan liga.
The Gunners telah memenangi lima perlawanan terakhir liga, menjaringkan 21 gol, dan mempunyai peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liverpool kepada dua mata dengan kemenangan ke atas Newcastle di Stadium Emirates.
Newcastle menewaskan Arsenal 1-0 pada November - kekalahan pahit yang membuatkan Arteta marah kepada pegawai perlawanan.
Sementara itu, Newcastle dijejaskan dengan kecederaan sejak itu menyaksikan angkatan Eddie Howe masih mampu menimbulkan ancaman besar.
"Mereka adalah pasukan yang sangat bagus. Mereka dilatih dengan sangat baik dan mempunyai pemain yang hebat.
"Mereka mempunyai semangat hebat dalam pasukan dan sukar untuk ditewaskan lawan,” kata Arteta.
Arsenal mungkin mendapat rangsangan hujung minggu ini dengan pemain tengah Thomas Partey hampir pulih daripada kecederaan.
"Kami mempunyai satu lagi sesi hari ini dan jelas dia sudah lama tidak bermain selama beberapa bulan sekarang dan kami perlu benar-benar menentukan masa dan apabila dia mempunyai cukup dalam tangki untuk bersaing, tetapi saya fikir dia sangat dekat,” kata Arteta.
SABTU (24 FEBRUARI)
Crystal Palace lwn Burnley, 11 malam
Aston Villa lwn Nottingham Forest, 11 malam
Manchester United lwn Fulham, 11 malam
Brighton lwn Everton, 11 malam
AHAD (25 FEBRUARI)
Bournemouth lwn Manchester City, 1.30 pagi
Arsenal lwn Newcastle United, 4 pag
iWolves lwn Sheffield United, 9.30 malam
SELASA (27 FEBRUARI)
West Ham United lwn Brentford, 4 pagi