'Kerajaan teruskan subsidi walaupun harga minyak naik'

Iklan
Guan Eng (tengah) melakukan lawatan sempena Hari Bertemu Pelanggan LHDN di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memberikan subsidi petrol kepada pengguna di Malaysia walaupun harga minyak dunia meningkat susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pakar menjangkakan kenaikan harga minyak tidak akan berkekalan dan berharap AS tidak bertindak balas ke atas Iran susulan serangan terbaru negara Arab itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi setiap kenaikan harga minyak sebanyak AS$1, Petronas akan memperoleh tambahan sebanyak RM300 juta.

"Kerajaan tidak akan mendapat faedah, sebaliknya perlu membayar subsidi petrol dengan lebih tinggi dan sudah tentu kita bersedia," katanya pada sidang media Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Media melaporkan harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$70 setong pagi semalam selepas Iran didakwa melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Iraq.