Pendapatan rumah inap diguna untuk pengurusan masjid

Iklan
Rumah inap di Masjid Seberang Takir mendapat sambutan terutama pada bulan Ramadan. Foto Facebook Rumah Inap Masjid Seberang Takir

KUALA NERUS - Pendapatan yang dijana menerusi rumah inap di Masjid Seberang Takir dekat sini digunakan untuk pengurusan serta membaik pulih masjid berkenaan.

Pengerusi Masjid Seberang Takir, Zakaria Dagang berkata, setiap sen daripada wang pembayaran rumah inap tersebut akan disalurkan ke dalam tabung masjid dan pengurusan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rumah inap itu menjadi tumpuan pengunjung yang menggemari konsep penginapan bersebelahan dengan masjid.

"Masjid ini dibina dengan dilengkapi rumah inap melibatkan peruntukan hampir RM23 juta oleh kerajaan negeri pada 2017.

Iklan

"Ia siap dibina pada 2020 dan kini menjadi daya tarikan kepada pengunjung dari luar setiap kali datang ke Terengganu.

"Malah lokasi masjid ini sangat menarik dan strategik iaitu berhampiran dengan Jambatan Angkat, pantai dan sebagainya sekali gus menjadi tumpuan orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, tempahan rumah inap itu mendapat sambutan terutama pada bulan Ramadan.

Menurutnya, setakat ini terdapat 10 buah bilik yang disewa pada harga RM80 hingga RM100 semalam.

"Tahun lepas ada yang tempah selama sebulan untuk memudahkan mereka beribadah di masjid semasa bulan Ramadan.

"Kita mahu terapkan konsep bercuti dan pada masa beramal serta mengimarahkan rumah ibadat.

"Kami bukan mencari untung namun niat untuk menarik orang ramai datang ke masjid bagi menunaikan ibadah seperti solat berjemaah, kegiatan dakwah, ceramah dan sebagainya," jelasnya.