Wolves letak harga Neto RM484 juta

Iklan
Pedro Neto. Foto Agensi

LIVERPOOL dan Arsenal dilaporkan perlu membayar kira-kira £80 juta (RM484 juta) untuk menandatangani Pedro Neto dari Wolves pada musim panas ini.

Kedua-dua pasukan itu berminat untuk berurusan dengan pemain antarabangsa Portugal berusia 23 tahun yang juga berada dalam radar Manchester City serta Newcastle United.

Iklan
Iklan

Neto berada pada prestasi cemerlang di bawah bimbingan Gary O'Neil musim ini apabila menghasilkan sembilan bantuan jaringan dan dua gol dalam 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini, tag harga Neto sekitar £53 juta (321 juta), namun Wolves menaikkan nilai pemain sayap itu selepas mula dirisik kelab utama di England.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kontrak Neto di Molineux berakhir pada 2027 namun Wolves bersedia menjual pemain itu bagi mematuhi peraturan kewangan Fair Play EPL.