Sertai acara menarik, jualan murah di Program Madani Rakyat Zon Tengah

Iklan
Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Foto Bernama

KUALA SELANGOR - Pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada hari kedua Program Madani Rakyat yang berlangsung di Kompleks Sukan Kuala Selangor hari ini bermula dengan larian Langkah Ceria yang diadakan seawal 7.40 pagi.

Seramai 500 peserta terawal yang mendaftar bagi larian sejauh empat kilometer itu berpeluang mendapatkan baju larian secara percuma, selain turut berkesempatan untuk memenangi cabutan bertuah.

KKelihatan pengunjung, Maisara Ashaari, 10, bersama adik Khaled Wafi Farizul, 7, (kanan) berkesempatan bermain ular sawa di reruai pameran Agro Veterinar. Foto Bernama

Iklan
Iklan

Sementara itu di sebelah pagi hingga tengah hari, acara mewarna kanak-kanak dan pertandingan menulis khat kaligrafi Islam turut diadakan di Stadium Utama.

Orang ramai juga boleh mengikuti pelbagai acara yang diadakan di reruai kementerian antaranya persembahan kebudayaan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, program kesihatan di Kementerian Kesihatan dan Karnival Kerjaya oleh Kementerian Sumber Manusia.

Pengunjung berkesempatan melihat haiwan ternakan di reruai pameran Agro Veterinar. Foto Bernama

Iklan

Di sebelah petang sehingga malam pula pengunjung akan disajikan dengan hiburan di Stadium Utama iaitu Konsert Indie dari 4.30 petang hingga 6.30 petang dan Konsert Showcase Kita Selangor 2024 bermula 8 malam hingga 10 malam dengan kehadiran artis antaranya kumpulan Floor 88, Yonnyboii dan Iera Milpan.

Pengunjung berkesempatan menjalani pemeriksaan mata di reruai pameran kesihatan. Foto Bernama

Selain itu sebanyak 3,000 bakul Kombo Madani dengan harga RM10 setiap satu yang mengandungi barangan keperluan asas seperti telur, minyak masak peket, bawang serta beberapa jenis sayuran dan barangan jenama Agromas seperti bihun, kordial dan beberapa barangan lain dengan penjimatan sebanyak RM5 menanti pengunjung yang hadir hingga 25 Februari.

Iklan

Sebanyak 5,500 ekor ayam disediakan untuk dijual pada RM10 seekor, ikan beku RM6 sekilo, daging beku RM10 sekilo dan pelbagai lagi barangan pada program tiga hari yang bermula semalam.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan topi keledar yang diagihkan secara percuma. Foto Bernama

Sebanyak 1,000 topi keledar percuma disediakan di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pengunjung terawal setiap hari sepanjang tempoh tiga hari program itu berlangsung dan orang ramai perlu membawa topi keledar sedia ada dan lesen memandu bagi proses penukaran.

Orang ramai mengambil peluang untuk membayar saman di kaunter bayaran saman trafik PDRM yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus. Foto Bernama

Program Madani Rakyat Zon Tengah yang berlangsung selama tiga hari dan dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan. - Bernama