Permintaan telur masin meningkat tiga kali ganda menjelang Ramadan

Iklan
Telur itik perlu dibersihkan dengan betul bagi menghasilkan telur masin yang baik (kiri), Telur itik masin yang dihasilkan Kamariah. Gambar kecil: Kamariah

BACHOK - Menjelang Ramadan, pengusaha telur itik masin di Kuchelong, Jelawat dekat sini tidak menang tangan apabila menerima permintaan tinggi berbanding biasa.

Kamariah Ismail, 54, berkata, peningkatan permintaan berlaku sehingga tiga kali ganda daripada 1,000 telur seminggu kepada 3,000 dalam tempoh sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ada juga permintaan yang diterima daripada pengguna yang tinggal di Kuala Lumpur dan dia menghantar 100 bekalan tersebut menggunakan kenderaan sendiri pada Sabtu.

"Saya mengusahakan sendiri telur masin atau jeruk ini sejak lima tahun lalu.

Iklan

Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, bekalan telur itik tersebut diperoleh daripada penternak-penternak di sekitar Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

"Bekalan disediakan awal untuk bulan puasa dan telur-telur yang baharu diperolehi akan dibersihkan dengan betul agar ia tidak hanyir.

Iklan

"Telur kemudiannya akan dijemur sehari dan diperam selama 10 hingga 12 hari di dalam air garam yang sudah direbus,” katanya.

Tambah Kamariah, telur itik yang lemak dan tidak terlalu masin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.

"Setiap botol ada 10 biji telur dan dijual dengan harga RM15.

"Telur-telur ini saya hantar ke pasar-pasar mini atau kedai-kedai sekitar di negeri ini selain turut melakukan promosi jualan melalui media sosial,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28