GUA MUSANG - Jabatan Perumahan Negara disaran meningkatkan lagi operasi menjejak perbuatan penghuni kawasan perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menyewakan unit kediaman yang seharusnya diduduki mereka kepada orang lain, termasuk kepada warga asing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, tindakan keras perlu dikenakan terhadap penyewa berkenaan, termasuk membatalkan kontrak menduduki PPR, kerana jelas sekali mereka tidak memerlukan rumah berkenaan.