LUMUT - Pemerkasaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara menyeluruh akan meminimumkan kebergantungan Malaysia terhadap kepakaran tenaga mahir dari luar negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, antara pendekatan yang diguna pakai adalah dengan memperluaskan bidang pengajian TVET ini ke peringkat tertinggi melalui Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).