22 maut dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh

Iklan
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh pada Sabtu apabila 'tractor-trolley’ yang dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam di Uttar Pradesh, India.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh pada Sabtu apabila 'tractor-trolley’ yang dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam di Uttar Pradesh, India.

Mangsa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghadiri upacara keagamaan di Sungai Ganga.

Iklan
Iklan

Kenderaan berkenaan yang membawa kira-kira 50 penumpang, terbalik lalu terjunam ke dalam kolam sedalam lapan kaki ketika pemandunya cuba memintas kenderaan lain, menurut laporan media tempatan.

"Pegawai pentadbiran daerah telah diarah untuk memberi rawatan percuma kepada semua mangsa yang cedera,” kata Ketua Menteri Uttar Pradesh Yogi Adityanath dalam hantaran di media sosial. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28