Lima wanita dibunuh dalam sehari

Iklan
Pihak berkuasa sedang melancarkan siasatan ke atas kedua-dua insiden tersebut. Foto Agensi

VIENNA - Pihak berkuasa Austria pada Sabtu menyiasat insiden pembunuhan lima wanita di ibu kota dalam tempoh sehari.

Tiga daripadanya ditemui mati akibat ditikam tanpa perikemanusiaan di sebuah rumah pelacuran di daerah Brigittenau pada malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Setakat ini, motif pembunuhan belum dapat dipastikan memandangkan suspek masih disoal siasat.

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun dijumpai mati di apartment mereka di Vienna.

Iklan

Austria Press Agency (APA) melaporkan mereka dipercayai telah dicekik atau leher mereka dijerut hingga mati dan suami mangsa dinamakan sebagai suspek utama.

Pada tahun lalu, sebuah pertubuhan tempatan merekodkan 25 pembunuhan berdasarkan jantina yang menyasarkan wanita hingga mencetuskan perdebatan di Austria.

Iklan

Antara 2010 dan 2020, seramai 319 wanita dibunuh di Vienna dan sebahagian besar daripadanya dilakukan oleh teman atau bekas pasangan mereka. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28