Budak 10 tahun ditemukan mati di bawah pesawat

Iklan
Gambar hiasan

PARIS - Seorang kanak-kanak dianggarkan berusia 10 tahun ditemukan mati di bawah kapal terbang di sebuah lapangan terbang di sini hari ini.

Air France Boeing 777 dikatakan berlepas dari bandar Abidjan, Ivory Coast semalam dan mendarat di lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Syarikat penerbangan Air France dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa penumpang rahsia itu, namun tidak memberitahu umur mangsa.

"Ini menunjukkan kegagalan keselamatan di lapangan terbang di Abidjan," kata sumber keselamatan Ivory Coast ketika ditanya bagaimana seorang budak 10 tahun dapat mengakses pesawat jika tidak dibantu.

Iklan
Iklan

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa penumpang rahsia terutamanya remaja dari Afrika didapati mati kesejukan atau maut di bawah pesawat. - AFP