DBKL roboh kedai makan dibina atas tanah rizab awam

Iklan
DBKL memaklumkan operasi perobohan terbabit berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

KUALA LUMPUR - Sebuah premis kedai makanan di Jalan Kelang Lama di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati dibina atas tanah rizab awam tanpa kebenaran.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan meroboh struktur kedai makan dijalankan setelah pemilik membuat pengosongan peralatan dan barangan di dalam premis tersebut.

Struktur kedai makan yang dibina atas rizab awam tanpa kebenaran daripada pihak DBKL

Iklan
Iklan

"Struktur kedai makan ini dibina di atas rizab awam tanpa kebenaran daripada pihak DBKL dan telah diberikan notis pada 19 Mei 2023 tahun lalu.

"Kesalahan telah diambil tindakan menerusi Seksyen 26, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 dengan kerjasama pihak Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta kawalan keselamatan dari pihak polis dan penguatkuasa DBKL.

Iklan

"Operasi bersepadu kali ini berjalan dengan lancar dan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” kata DBKL menerusi kenyataan itu di laman Facebooknya pada Sabtu.

Kerja-kerja meroboh premis tersebut dilaksanakan oleh pihak DBKL.

Terdahulu kerja-kerja meroboh premis dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Pejabat Cawangn Seputeh.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28